Doodles

SORRY...

Konflik Pertama....

"Rizz, u tolong jaga cincin ni",pinta Min, "Are u sure? Ni kan cincin yang Max bagi?"Rizz memohon kepastian.

 "Please. U know what to do", gadis kecil molek itu memohon lagi.

 "OK, tapi sampai bila u want to keep on going like this? U tak nak bagitau Max tentang........."


"Tentang apa?!"pekik suatu suara yang cukup dikenali mereka. Max...

"Answer me! tentang apa?"amarah Max memuncak. "Max.. I.. I... "  Min cuba menjawab.

"Huh, sudah la Min.. I dah tahu yang u khianati I, u dah lupakan cinta kita", keluh Max. Matanya merah menyala membara kerna bahang api amarah. Cinta yang dianggap sejati dirobek oleh insan yang amat dikenalinya.

Girlfriend aku main kayu tiga ngan bestfriend aku sendiri. Apa yang patut aku lakukan? Ketawa gembira?! Buat bodoh je?! No! Aku Max. Aku tak akan biarkan. This time, aku akan selesaikan hal ni.

"Rizz? Why u?"soal Max. Rizz membisu. "Min.." jiwa Max kian parah. Sedih. Pilu. "Min, Patut la I call u, u tak angkat. I cari u, u tak pernah ada" keluh Max. "Apa salah I? Please tell me!!! Min?" rayu Max.

Max bagaikan orang gila memikirkan sebab dan musababnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Soalan yang selalu singgah di mindanya.

Rizz memandang Min memintanya untuk berterus-terang. Renugan sayu Min bagai menyatakan 'Not yet'.. Min menarik nafas panjang. "OK. U dah tau. I love Rizz and not u. Get it?" Min bersuara sambil menggenggam jari jemari Rizz. Tanda couple.

 "Dah la Max. Lupakan I. I don't love u anymore" sambung Min lalu meninggalkan Max terkontang-kanting di situ. Max terkelu. Hatinya cukup terluka. Max hanya berdiri, terpaku di tempat kakinya berpijak......


to be continued





SORRY... 2

Konflik Kedua

"Hello, Max. U kat mana?"

"Min... Sorry la. I tertidur"

"What?! Tertidur?"

"Sorry. But I on the way. 5 minit lagi I sampai. Ok?"

Max menamatkan panggilanya.
Min mengeluh sendirian. Memandang ke luar tingkap sambil menghirup latte kegemarannya.

Min cuba menenangkan hatinya yang panas. Dia mencapai iPodnya. Mendengar lagu kegemarannya.
Beautiful by Beast (B2ST)

Hatinya kembali tenang...

5 minit berlalu... Kelibat Max tidak juga kelihatan. Mata Min terasa pedih. Hatinya pedih. Dia mencapai semula handphonenya. Cuba untuk menghubungi Max.

"You had reach the voicemail of 010..."

Min menekan butang merah. Mencuba semula. Berkali-kali, namun tetap tidak dijawab. 'Mana Max ni?' keluh hati Min. Hatinya mula membara. That's it! I'm out of here. Min mencapai beg tangannya dan memulakan langkah untuk meninggalkan tempat itu.

Beautiful my girl!

Langkahnya terhenti. Berpaling mencari suara itu.

My beautiful my girl and I
So beautiful my girl

Matanya membulat. Seorang jejaka yang cukup dikenalinya berada di pentas nyanyian cafe itu. Max..

Ha ha girl
This is my confession
Drop that beat

Oh listen to my heart nae mam deul-eo-bwa bwa eo-deon mal-lo-do neo-reul pyo-hyeon-hal su eobs-ji-man

Geu-nyang ne style ro nae mam deul-ryeo-jul-ge oh listen listen listen girl
Nothing better than you
Se-sang-eul da jweo-do
you you you you
Neo-wa ba-ggu-jin mot-hae....
"Min, I'll sing this song just for u, my beautiful girl" kata-kata Max membuat air mata Min mengalir membasahi pipinya yang mulai merah bak bunga ros. 
"Happy birthday to you" ucap Max sambil menyeka air mata Min. 
"Jom kita ke sana" ajak Max sambil jarinya menunjuk ke arah sebuah meja yang dihiaskan dengan indah serta kek chocopie yang dihias dengan lilin.
Mereka duduk bertentangan. Menggenggam erat tangan satu sama lain. Cinta yang sungguh indah.
Max menghulurkan sebuah kotak merah yang diikat dengan reben putih. "For u," ucap Max. 
Min membukanya. Sebentuk cincin yang bertatahkan nama Max. "Max.."Min terharu. "I ada juga yang nama u" kata Max sambil menunjukkan jari manisnya yang tersemat sebentuk cincin yang sama.
Max menyarungkan cincin itu di jari manis Min. "It's look beautiful on u" puji Max. 
Itulah hari yang paling bermakna buat Min. Namun, sekarang semuanya sudah berubah. Min memandang cafe itu dengan sayu. Kenangan indah itu bakal ditinggalkan. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
"Min.." Rizz memandang dengan sayu wajah gadis yang cukup dikenalinya ini. "We need to go. U ada appointment kan" Rizz cuba memujuk. Min terpaksa akur. Mereka meneruskan perjalan ke hospital.
"Doktor,dah tak ada jalan lain lagi ke untuk selamatkan Min"
"Nampaknya, hanya ini jalan terbaik yang kita ada.Surgery, Jadi tolong pertimbangkannya "
"Bagaimana dengan peratusannya?"
"I'm afraid so, 50-50"
Kata-kata doktor itu sering berputar di minda Rizz. Mahukah Min menjalaninya? Adakah pembedahan itu akan berjaya? Soalan ini berlegar di minda Rizz. 'However, I must try' getus hati Rizz. 
"Min, surgery is the best choice" Rizz mengemukakan cadangannya. Min membisu. Memikirkannya. 
"No" Min bersuara. Max memandangnya dengan penuh pertanyaan. 

"Why?"

"U know, peluang I 50-50. I just want to spent my last moment longer" Min menjawab dengan tenang. Dia telah menerima nasibnya dengan hati yang ikhlas. Max mengeluh.

"Ok, if that what u want, U tahu kan I'll always be with u"


to be continued






SORRY... 3

Konflik Ketiga

Min.. Min.. Min..
Hmm... Siapa yang memanggil aku tu? Max? Max? U ke tu? Max, I tak nampak u. U kat mana? Max!!

"Min!! Are u ok?!" suatu suara bergema. Matanya terus membulat. "Rizz..." Min kembali ke alam nyata. 

Jantungnya tidak henti-henti berdenyut pantas. Max.. Keluh hatinya.

"Are u ok?" soal Rizz lagi. Wajahnya penuh kerisauan. 

"I dengar u meracau-racau memanggil Max.." tambah Rizz. 

"I ok. Just dreaming" jawab Min hambar. "Are we there yet?" soal Min, menukar topik perbualan. "Dalam 5 minit lagi, maybe.." duga Rizz. "Ok" balas Min.

....................

 Setelah hampir 2 jam perjalanan, mereka tiba jua ke destinasi yang dituju-Lotte World. Cahaya kegembiraan jelas terpancar pada wajah pucat Min setelah melihat sendiri 'dunia' idamannya ini. 

Min bagaikan telah bertukar menjadi budak kecil yang berada di dunia fantasinya. Senyuman manis tidak lekang dari wajahnya.

"Jom la Rizz" Min memanggil Rizz dengan penuh keriangan. Mata Rizz terasa pedih. 

Hatinya sebak setelah melihat senyuman Min yang sekian lama menghilang. 

"Ok. Jom!!" Rizz cuba menyembunyikan perasaannya. Mereka meneruskan perjalan ke destinasi sebenar mereka iaitu Magic Land.

Setelah melangkah masuk, mereka bagaikan terpukau dengan keindahan tempat yang penuh magik ini. 

"Rizz! jom naik tu. Please~~" Min meminta sambil menunjuk ke arah sebuah tempat-Atlantic Adventure.
 Rizz kaget. "Tu kan tempat yang ada roller coaster. Are u sure?" Rizz meminta kepastian. 
Min mengangguk. Serius. 
"I want to face my fear!" jelas Min dengan yakin.

"Eh, tengok tu.... Fantasy Dream!" Rizz cuba menukar topik. 
Min membisu. Merenung tajam bagaikan terus menembusi mata Rizz. 
"Ok. Kita pergi tempat lain dulu, lepas tu kita kita datang sini. Lagipun tempat tu banyak sangat orang" Rizz cuba memujuk. 
Min berfikir panjang. 
"Ok, u promise" jawab Min ringkas. 

Mereka meneruskan keseronokan di Eureka, Bumper Car, Ghose House dan Gyro Drop dan akhirnya kembali ke Atlantic Adventure.

"Jom kita ke sana, beli aiskrim" ajak Rizz setelah mereka selesai berseronok. Min tersenyum riang.

 "Pak Cik, saya nak aiskrim rainbow and untuk Max...." Min terhenti. Terpaku.

"Vanilla" Rizz menyambung.

"Jom duduk kat sana" ajak Rizz. Min masih membisu. Air mukanya mula berubah. Senyumannya terus hilang.

"Min, u masih cintakan Max kan?" Rizz memulakan perbualan. 
Min membatu. 

"Min, u patut bagitau Max pasal penyakit u ni" Rizz mencuba lagi. 

Min tetap membisu. "Kalau macam tu, biar I yang bagitau!"
Min cuba membantah. Namun kepalanya terasa berat. Matanya makin kabur. Badannya terasa lemah.

"Min!!!" segalanya menjadi gelap.

to be continued





SORRY... 4

Konflik terakhir


Fikiran Rizz bercampur-baur. Keliru. Apakah yang harus dilakukannya di saat genting ini? Telefon bimbit ditangannya digenggam erat. Wajah Max terus menerus muncul dimindanya. Min masih didalam sana. Berjuang seorang diri.

Arghh!!! Rizz semakin pusing. Jari jemarinya terus menekan kekunci telefon bimbitnya.

'Max, tolonglah angkat telefon ni' getus hati Rizz. Masih tiada jawapan. Fikirannya semakin buntu. Akhirnya suatu tempat terpampang dimindanya.

..........

I'm here! Rizz kini sedang berdiri di depan sebuah bangunan yang dikenali sebagai Caffe Bene. Hatinya amat pasti Max berada di sini. Pasti!

Setelah mengumpul segala kudratnya, Rizz membuka pintu, melangkah masuk.

Kedengaran suatu suara mendedangkan lagu 'Let You Go' oleh kumpulan TRAXX. Sedih.

Jiwa Rizz turut terasa kesedihan yang disampaikan melalui lagu ini.

Hatinya semakin sedih tatkala melihat Max yang sedang berada di pentas itu.

Dia dapat merasakan kesakitan, keperitan, kesedihan Max.

Rizz menuju ke arah sebuah meja yang agak tercorot.

Menunggu Max menghabiskan nyanyiannya.



모르죠 이별한 남자의 눈물
(moreujyo ibyeolhan namjaui nunmul)
You wouldn’t know, the tears of broken boy

못 견디게 널 맴돌던 지친 한숨도
(mot gyeondige neol maemdoldeon jichin hansumdo)
The tired sighs circling around you, so you can’t stand it

지독한 그리움 목 조르던
(jidokhan geurium mok joreudeon)
I will send our tangled memories

엉킨 우리 둘의 추억을 슬픈 하늘에 보내줄게
(eongkin uri durui chueogeul seulpeun haneure bonaejulge)
That has been tightening around the throat venomously, to the saddened sky

................

Max menamatkan nyanyiannya. Melangkah turun dari pentas dengan berat.

"Max..." Rizz menyapa dari belakangnya. Mata Max membulat. Terkejut. Max merasakan kebencian yang amat sangat setelah melihat wajah bekas 'bestfriend'nya ini. Buku limanya bagaikan bersedia untuk hinggap di pipi Rizz. Namun, dihalang hatinya. 

"Apa kau buat kat sini?!"

"Max, please calm down"

Max merenung tajam. Tanda melawan.

"Ok, aku tau kau marahkan aku, tapi dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.."

"Apa?" 

"Min.. sekarang kat hospital"

"Apa?!" Max menyentap kolar baju Rizz.

"Tolong ikut aku. Nanti aku ceritakan semuanya dalam perjalanan" Rizz cuba memujuk.

Max terus mengekori Rizz ke keretanya. Dalam perjalanan, Rizz meceritakan segalanya. Dari tentang penyakit barah otak Min hingga ke tentang perpisahan mereka.

"Min masih cintakan kau. Dia tak nak kau tau tentang penyakitnya" ujar Rizz penuh kejujuran.

"Aku dan Min tak ada apa-apa pun, Ini semua hanya lakonan" terang Rizz lagi.

Max hanya membisu.

...............

Akhirnya, mereka telah tiba di hospital di mana Min ditempatkan. Max melangkah dengan penuh kerisauan. Kakinya terasa berat untuk melangkah. Rizz menepuk bahunya tanda sokongan.

Ward Room 13... 

"Min ada kat dalam" ujar Rizz. 

Sekali lagi hati Max luluh setelah melihat sekujur tubuh kecil Min yang terbaring kaku di atas katil di depan matanya itu. 

Benyawa tapi kaku. Max cuba memanggil Min. Namun, lidahnya kelu. Bibirnya bagaikan terkunci. 

Max mengumpulkan segala kudratnya untuk melangkah menghampiri Min. Cuba mencapai tangan Min.

Jari jemari mereka bersentuhan. Air mata jernih mengalir membasahi pipi Max. Max cuba mengeluarkan suaranya. Memanggil Min. Bibirnya terketar-ketar. 

Min... Min... MIN!!! MIN!!! 

Max meraung sekuat hatinya. Memanggil Min. Mencium jari jemari halus Min. Memohonnya membuka mata.

Namun, Min masih kaku. Tidak bergerak. Tidak bersuara. Tidak mengukirkan senyuman manisnya lagi..

Rizz sebak setelah melihat sahabat baiknya itu. Rasa bersalah mula menyelubunginya. Sesuatu terlintas di fikirannya. Cincin Min...

Rizz melangkah masuk. Menepuk lembut bahu Max. Menenangkan Max. 

Rizz mengeluarkan cincin milik Min dari kocek seluarnya. Menghulurkannya kepada Max. 

Max mencapai cincin itu. Menatapnya dengan penuh perasaan. Kenangan lalu berputar di ingatannya. Terbayang akan wajah gembira Min tatkala cincin ini tersarung di jari manisnya. Tersenyum gembira.

Min.... Min.... Bibir Max tidak kelu menutur nama Min. Berharap Min membuka matanya.


"Min, tolonglah bangun. I need u" Max membisikkan kata-kata di telinga Min. Min masih kaku. Air matanya mengalir menitis membasahi jari jemari Min. Rizz sebak.

Tiba-tiba, jari jemari Min bergerak. Max mula berharap keajaiban akan berlaku. Min mula membuka matanya. Matanya sayu memandang Max. Rizz cemas memanggil doktor.

Min cuba menuturkan sesuatu. Mengumpulkan saki baki kudrat yang masih ada.

"Sss.... Sorry....." Min memohon kemaafan. Air mata jernih mengalir membasahi pipinya yang pucat. 

Max menggenggam erat tangan Min. 

"It's ok.... I love u.. I love u so much.. Please be with me.." tutur Max penuh kejujuran.

Min mengukirkan senyuman manisnya. Menatap wajah Max. Jiwanya terasa tenang.

Matanya semakin berat. 

Min menutup matanya buat selama-lamanya.

MIN!!!!



THE END...










CREDITS


WATAK-WATAK DALAM <SORRY...>




MAX DAN RIZZ




MAX DAN MIN




2 comments: