Wednesday 15 August 2012

Buntu

Ambo buntu macam mana nak

pilih hala tuju bagi masa depan ambo
ambo minat digital editing tapi ayah ambo tak bagi 
greenlight untuk ambik course digital design
disebabkan ambo MEMANG tak boleh nak survive dalam
bidang SAINS dan PERGURUAN
walaupun 5 tahun blajar kat MRSM
dan disebabkan ambo ada la jugak jari jemari seni ni
ambo ambik la arkitek
dah ambik pun.. dah setahun berlalu
baru asasi kut

tapi walaupun sudah setahun menelaah ilmu arkitek atau nama melayunya 
SENI BINA
melayu tulen ni... kut 
ambo masih lagi teragak-agak dengan keputusan ambo ni

ambo ni minat gila cerita BOBOIBOY



memang tak pernah miss la crita tu
pastu ambo bukak la website diorang
doh duk ngepeng sokmo gak


lalu datang la semula minat ambo yg mendalam terhadap
digital design

ambo bagitau la ayah ambo kalau ambo ambik digital design
ambo boleh kerja ngan syarikat yg buat BOBOIBOY ni

tapi sayang...
ayah ambo tetap kata NO
sedih bebenor hati oden ini

and

course hok ambo boleh utk sambung pelajaran kat UIA
bukan arkitek tapi
IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN SENI REKA (KEPUJIAN)
[BACHELOR OF APPLIED ARTS AND DESIGN (HONOURS)]

hehe
sebab ambo rasa ambo memang tak minat reka pelan rumah sangat pun
baik reka benda lain.. kecik sikit

so
KU MASIH BUNTU 
=_=

SEKIAN SAHAJA CORETAN TAK TENTU PASAL INI ^^V

teka berapa banyak ambo kat dalam entry ni?

SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA DAN BERAMAL DI BULAN PUASA

Wednesday 1 August 2012

SSPN

assalamualaikum 
dan 
salam sejahtera

program asasi ambo dah habis so ambo pun nk mintak la
pinjaman PTPTN untuk meneruskan pengajian di universiti

lalu bermula pengklikan di internet bagi cara memohonnya..
selepas berkurun mengklik
tipu jer hehe
ambo pun tahu la camne nak mohon dan 
benda2 lain yg perlu ada utk memohon

1. tawaran ke universiti
2. akaun SSPN
3. no pin yg dibeli di BSN
dan seterusnya..
malas nk taip banyak2 bcoz ni entry psl SSPN hehe

ambo pula takde akaun SSPN so kena la buat akaun tu di bank
Maybank atau Bank Islam
dan lain2
tp ambo gi Maybank sebab ambo selesa ngan sistemnya

tp timbul la pula masalah lain...
AMBO TAK TAU CAMNE NAK BUKA AKAUN TU
lalu berlaku la sekali lagi sesi pengklikan internet
and terjumpa la blog2 ini
terima kasih banyak2 kpd pemilik blog ni

berpandukan langkah2 tersebut ambo gi la membuka akaun SSPN
sebelum tu ambo print la borang SSPN yg ambo dpt dari sini 
dan isi apa yg patut



butir2 pendeposit.. ambo isi nama ayah ambo
butir2 penerima manfaat.. ambo isi nama ambo
butir2 penama.. ambo isi nama mak ambo


dan terus ke Maybank

sampai jer kat Maybank ambo bagitau la pak guard tu ambo nk buat akaun SSPN
lalu beliau bagi la dua set borang utk diisi..
pastu ambo tanya la nk ambik no yg mana.. beliau cakap isi dulu pasni dia bagi


maaf ler gambar kurang jelas

isi punya isi punya isi
dan siap la isi
ambo pun pergi la smula kat pak guard utk ambil no giliran and 
beliau cakap terus pergi kat kaunter 9 jer..
wow~ tak payah ambil no giliran~

ambo gi la kat kaunter no 9 and serahkan borang2 takdi kpd encik penjaga kaunter 9 tu
dia scan manually guna mata dia borang ambo tu 
pastu berlaku la sesi berdialog kami

Encik P.K: awak dah 19 tahun.. dah boleh buat sendiri ni
ambo: eh? maksudnya?
Encik P.K : yg pendeposit ni awak boleh isi nama awak jer tak payah nama ayah awak
ambo: ohhhh tak tau la pulak
Encik P.K : mintak semula borang ngan pak guard pastu isi nama awak kat pendeposit dan penerima manfaat.. OK?
ambo: erm.. OK~

dengan itu
ambo pun isi la smula borang baru -__-
dan hantar semula borang2 itu kepada beliau~
BERSAMA SALINAN MyKad dan MyKad BETUL
dan beliau pun 'settle'kan benda tu
dlm 10 lepas tu beliau pun bagi la kertas yg menyatakan no akaun SSPN ambo
dan ambo pun boleh balik~

dan tamatlah cerita ambo~

bubye